Friday, July 9

Xpress Update! July 2010

Ohio! Selamat pagi semua! Yes, I'm back! Haha.. Sorry sebab dah lama blog ni tak berupdate. Al maklumlah busy memanjang. Sekarang pun tengah busy gak. Busy pasal apa? Tak perlu la aku bagitahu ya.

Hurm, topik hari ni, update sepantas kilat pasal isu-isu yang aku tengah fikir atau buat. Banyak ni, tapi aku post yang perlu saja lah ea...

Part 1: Paul si Sotong Kurita

Tadi masa tengah layan Facebook, orang asyik cakap pasal sotong. Nak makan sotong, bakar sotong, goreng sotong. Tengok-tengok rupanya diaorang cakap pasal ramalan si Paul Sotong Kurita yang salah. Aku pun semalam angin gak Germany kalah. Siot la! Tapi aku tak sangka lak ada gak orang yang percaya ramalan si Paul tu huhuhu.


Photobucket
Paul si Sotong Kurita (crdt to Google)

Cakap pasal si Paul ni, rasanya dulu aku ada dengar pasal binatang ni tapi tak ingat kat mana lak. Kalau tak silap aku sotong ni memang popular part ramal perlawanan bola sebab majority yang sotong ni ramal semuanya betul. Aku pun tak tau kesahihannya, tapi yang aku tau, aku nak masak sambal sotong la esok sebab adik aku suka makan sambail sotong... huahahah

Part 2: Sarawak Rainforest World Music Festival 2010



Aktiviti ni memang diadakan pada minggu kedua bulan July, setiap tahun. Aku belum pernah lagi pergi, tapi dengar khabar, tempat ni cukup best untuk peminat musik. Harga dia pun cukup best (RM110 - dewasa, RM 55 - kanak2 [per day]). Sebenarnya, tak jauh pun tempat event ni dari rumah aku, tapi yelah kan, aku student lagi, mana cukup bujet nak pergi. Insya-Allah, tahun depan dapat la aku pergi kalau takda arang melintang. Oh ya, untuk tahun ni, event diadakan pada 9 - 11 July.

Part 3: Perhimpunan Belia Sarawak

Dipendekkan cerita, 23-25 July 2010 berlangsungnya Perhimpunan Belia di Borneo Convention Center, Kuching. Jadi, sesiapa yang merasakan dirinya ialah belia ( 16 - 35 years old ), jemput la datang. Mana la tau kita leh buat reunion sesama blogger kat sana ye tak? Macam-macam aktiviti cambest yang akan dilangsungkan. So, apa tunggu lagi? Ajak la member sekali. Bukan selalu pun aktiviti macam ni diadakan. Kan?


Photobucket
Click gambar kalau nak ke official website.


Part 4: Sarawak Regatta 2010

Hah, event ni dah mula membuatkan papa aku kecoh kat rumah... Sarawak Regatta atau aku lebih suka gelar "Lumba Perahu". Dari aku kecik, sampai la sekarang, memang didedahkan pasal event ni oleh papa. Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, aku tinggal di sarikei, sanggup dia datang ambil aku balik ke Kuching semata-mata nak tengok benda alah ni la. Last-last aku sendiri pun dah addict dengan benda ni. Tahun ni event ni berlangsung awal, 30 July - 1 August. Tempat: Waterfront Kuching. Jemput la datang. Tak bayar pun, free jer... Aku memang confirm pergi. Dah jadi macam tradisi dah nengok lumba perahu ni.

Ok lah, cukup sampai kat sini dulu. Aku pun nak edit blog ni. Al maklumlah, lama dah x disentuh. Rindu pulak rasanya. Esok aku nak jenjalan, so kalau ada news esok aku update la blog okeh? Rindu kat korang... Umphh!

1 orang pengomen setia:

hifaz_phat said...

saye plak igt paul si sotong tu org..aiseh

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template