Monday, December 21

Flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Photobucket


Flymas? apa ni? hah! Budak hostel menyahut cabaran Malaysia Airlines memperkenalkan servis baru yang telah mereka lancarkan, iaitu Flymas.mobi.

Flymas.mobi adalah salah satu perkhidmatan dimana anda tidak perlu lagi duduk dihadapan pc untuk menempah tiket perjalanan secara online ataupun pergi ke pejabat MAS untuk membuat tempahan.. Cukup saja dengan menggunakan telefon bimbit, anda boleh menempah flight walau dimana anda berada, dalam kereta, dirumah, malah dalam perjalanan ke airport pun boleh =)


Dengan menggunakan Flymas.mobi, anda akan mendapat tiket pada harga yang murah.. Anda jga boleh check in menggunakan sms tanpa perlu beratur panjang! hahaha! Mudah kan? anda juga boleh memilih tempat duduk anda (jika anda menggunakan i-phone, blackberry, android atau apa saja phone yang mempunyai servis yang canggih).

Anda juga boleh menyemak status perjalanan dan jadual perjalanan dengan cepat dan pantas. Selain itu, anda boleh juga menyemak status bagasi anda supaya anda boleh mengambil bagasi anda kembali jika anda terlupa!

Sekarang pun ada promosi, jika anda menempah "first class ticket" ataupun "business class ticket", anda berpeluang memenangi sebuah iphone 3G. Tapi macam biasa la kan, semuanya mengikut terma dan syarat..

P/s: rasa ganjil lak guna anda/saya kat post ni.. ter"over" sopan je rasanya.. hahaha!

0 orang pengomen setia:

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template