Showing posts with label Paul the octupus. Show all posts
Showing posts with label Paul the octupus. Show all posts

Monday, July 12

Netherlands Vs Spain - Siapakah yang sepatutnya menang?

P/s: Post ini ditujukan khas kepada bro mijae. Dan tak lupa untuk penyokong Netherlands dan juga Spain. First of all, aku mintak maaf kalau aku tersilap bahasa ke terkasar bahasa ke lam post ni okeh?

Tepat jam 3.05 am (dan beberapa saat, aku tak ingat ) aku menonton FiFa kat http://www.iraqgoals.net/. Ni yang susah kalau ada tv tapi tak dapat pakai. Last-last kena tengok live broadcast pulak. Haiz....

Masa match tu, mata aku tertumpa pada mereka yang memakai baju orange (Netherlands). Jujur aku katakan, yang aku sebenarnya memang sokong Netherlands. Tapi oleh kerana sebab-sebab tertentu, aku disuruh menyokong Spain (asal ayat aku skema semacam nih).

Separuh masa pertama, tak begitu menarik bagi aku. Tapi bila masuk separuh masa kedua, jadi makin panas. Dua-dua pihak serang menyerang, sampai aku naik migrain menengoknya. Bila diaorang bagi masa tambahan, part ni la yang buat aku makin tension (honestly, aku pun tak tau apasal aku tension sangat). Si pengadil kepala botak pulak asyik bagi kad kuning saja. Aku perhati gak, dia ni macam target Netherlands punya pemain sebab apa, korang tengok la.... Giler banyak kad kuning dia pass kat Netherlands. Tambah lagi 1 kad merah? Korang tak rasa pelik ka?

Friday, July 9

Xpress Update! July 2010

Ohio! Selamat pagi semua! Yes, I'm back! Haha.. Sorry sebab dah lama blog ni tak berupdate. Al maklumlah busy memanjang. Sekarang pun tengah busy gak. Busy pasal apa? Tak perlu la aku bagitahu ya.

Hurm, topik hari ni, update sepantas kilat pasal isu-isu yang aku tengah fikir atau buat. Banyak ni, tapi aku post yang perlu saja lah ea...

Part 1: Paul si Sotong Kurita

Tadi masa tengah layan Facebook, orang asyik cakap pasal sotong. Nak makan sotong, bakar sotong, goreng sotong. Tengok-tengok rupanya diaorang cakap pasal ramalan si Paul Sotong Kurita yang salah. Aku pun semalam angin gak Germany kalah. Siot la! Tapi aku tak sangka lak ada gak orang yang percaya ramalan si Paul tu huhuhu.


Photobucket
Paul si Sotong Kurita (crdt to Google)

Cakap pasal si Paul ni, rasanya dulu aku ada dengar pasal binatang ni tapi tak ingat kat mana lak. Kalau tak silap aku sotong ni memang popular part ramal perlawanan bola sebab majority yang sotong ni ramal semuanya betul. Aku pun tak tau kesahihannya, tapi yang aku tau, aku nak masak sambal sotong la esok sebab adik aku suka makan sambail sotong... huahahah

Part 2: Sarawak Rainforest World Music Festival 2010

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template