Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Friday, February 19

Aku - Kolej - Dia - Test - 3 Pointer!

Bila dah cuti ni kan, rasa boring la pulak takda kerja nak buat.. Jadi aku pun cuba merajinkan diri untuk belajar...

Photobucket

Tengok meja belajar aku pun tahu aku ni rajin belajar kan? Chewahhh... Belajar punya belajar... 5 minit berlalu... Okey! Aku lupa assigment "English for professional Communication"! Aku try la usha classmate aku.. Finally dia cakap la dia email kat Facebook aku.. Aku pun, cakap ok je la... Hah, masalah sebenar muncul disini!


Dengan sopan aku membuka inbox FB aku, yeah! Dia bagi soalan untuk assigment..

Photobucket

OMFG! Tarikh akhir hantar assigment dah lepas siot! Menyesal aku lepas kelas dulu argghhh! Ok, pengajaran pertama, jangan suka ponteng kelas...

Friday, February 12

Hidup berkawan - Macam2 Ragam!

Di pendekkan cerita, berhabuk siot rumah(blog) aku! Adestass! Maklum la kalau dah pindah hostel, nak balik kemas rumah(update blog) pun tak sempat.. Ditambah beberapa aktiviti yang tak sengaja tertambah.. huhu, parah-parah... Sekarang ni pun tengah plan nak buka cyber cafe... Hapar-harap berjaya... Family sokong, boyfriend sokong tapi duit pulak yang tak cukup.. Al maklumlah student lagi, mana la nak ada duit (saya belum kerja.. huhu)

Berbalik pada topik hari ni.. Aku nak cita pasal kawan... Semenjak dua menjak kat hostel macam-macam aku dengar dan aku alami.. The best la! Ada kawan makan kawan, kawan sejati, kawan sampai mati, kawan "sparepart"...

Photobucket


Semua nak cari kawan sejati, tapi cukup sejati ka korang dengan kawan korang? Cuba korang recall balik, bila kali terakhir korang jumpa kawan korang? Cuba korang ingat bila kali terakhir korang peluk kawan korang? Pernah tak korang jaga dia masa dia sakit? Korang pernah sms tanya khabar?

Photobucket

Wednesday, January 6

Tomyam ayam versi budak hostel!

Ok la semua, hari nih aku nak ajar cara masak tomyam ayam paling simple dan uhmm!! Tapi ni sesuai untuk sesiapa yang gemarkan masam sedikit la.. hehehehe.. ok, straight to the point (sebab aku nak buat entry lain ni..


Photobucket


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 biji cili padi (hiris halus)
3 biji bawang merah (hiris jugak)
2 ulas bawang putih (pun hiris juga)
1 kiub tomyam maggie!
sedikit asam jawa
sedikit air (lebih kurang 2 cawan)
garam dan aji-no-moto secukup rasa

Saturday, January 2

18 tahun ke atas ja! Yang bawah 18 tahun pun boleh kalo tahan iman...

Korang rindu aku tak? Tak? Confirm tipu nya, aku tau korang rindu aku.. hohoho... Lama da aku tak update blog kot... ni la entry pertama tahun 2010... hehehe..

Photobucket


Hah! ni nak cerita la sikit.. Confirm korang tertanya-tanya apasal blog aku dah tukar jadi blog yang mempunyai adult content! hehehe.. bukan apa, aku kadang-kadang perasan gak yang ayat aku sedikit kurang ajar kadang-kadang.. Dalam real life pun aku kadang-kadang keluar bahasa kesat. Aku taknak la kalau ada adik-adik kecik yang baca blog aku terpengaruh dengan bahasa aku yang mana la tahu aku lupa nak tapis pakai penapis teh...

Aku mula sedar benda ni bila aku lihat adik aku senyap2 baca blog aku! Giler nakal baca blog aku pastu dia siap ketawa pulak. Lepas tu mula pakai bahasa "aku kau" pulak. Bila abah tanya, dia cakap "apasal kakak boleh pakai 'aku kau' tapi adik xboleh". Aku apa lagi.. kena lecture abah la gamaknya.. Grr!

Apa-apa pun, trimas gak kat dia.. rajin jugak dia baca blog aku. Tadi dia kemas bilik aku hahaha! Dia cakap terima kasih sebab cerita pasal dia kat blog! LOL! budak kecik... hahaha!

Ok la, aku nak tengok tv kejap...

P/s: Tadi tengok berita 1.30 pm ada budak dari Kuching meninggal... Al-Fatihah...

P/s lagi: Weh, betul ka perempuan tu perlu bersunat macam lelaki??

Wednesday, December 30

Hari yang Indah untuk kanak-kanak bawah umur!

Hah, tu dia title aku.. hahaha! Hari ni penat... Main game, jaga budak.. Haiz.. Giler ah! Masa aku menaip ni jam pukul 12.57 am. Aku duduk depan pc lagi... Asal aku tak tido? Aku takleh nak tido! Ahh! Esok aku kena bawak anak-anak jagaan aku ke bandar.. Jalan-jalan cari makan kononnya... Aku iyakan ja la.. Lagipun bukan selalu aku bawak diaorang jalan-jalan. Lebih2 lagi adik kesayangan aku yang comel itu... Hahaha! Hari ni diaorang nakal mengalahkan aku masa kecik2 dulu.. Masa kecik2 dulu aku ni budak baik tau! (baik la sangat)


Photobucket
Hah! ni dia trio tercomel!


Tuesday, December 22

Mengenang kisah lalu..

Bila dah sorang2 kat rumah ni tak tahu nak buat apa... Terdetik hati nak tengok album lama lak lepas baca blog kak hana ni.. Hahaha.. Selak2 album tersenyum sendiri... Comel gak aku kecik2 dulu ea? (tu dia mood perasan da timbul). Masa kecik2 dulu hidup best ja.. Tak payah fikir apa2... Bangun mak suapkan makan, Mandi pun mak tolong mandikan, berak mak basuhkan (opss), nak jalan2 pun abah bawakan.. Ohhh....


Photobucket
(comel kan aku masa kecik2? hahaha!)


Masa kecik2 memang best... Almaklum lah, aku anak sulung, tambahan pula bapa angkat aku pun anak sulung dalam keluarganya. So, priority untuk aku kira lebih sikit la dari yang lain.. Tambah plak aku ni kan cucu nenek.. hehehehe...

Monday, December 14

Kembali berblog!

Setelah beberapa lama menghilang, dari blog lama ke blog baru, rasanya eloklah kalo aku aktifkan diri berblog kembali... Hurm, bukan apa, cuma beberapa bulan lepas ni aku mengalami hari yang tak berapa indah dalam hidup aku... haha kenapa?


Photobucket


hahaha.. why do i feel so alone? that because ur boyfriend already left you! hahaha.. semuanya sudah tamat pada 10 december 2009. Terima kasih sayang, kau da patahkan hati aku. aku harap ko bahagia dengan perempuan lain. Nak jadi "men" sangat kan? jadi la~ ada aku kisah? u not desrve me at all ^^

okies, aku chow dulu sebelum blog ni penuh dengan semua luahan hati aku.. hahaha! jaaa~

Friday, October 2

Finally at hostel!


Finally_.jpg, originally uploaded by BuDaK HosTeL.
Finally kat hostel! Hahaha... Semalam dah di hostel. Picture ni diambil semasa baru bangun tidur. Luas bilik ni, dalam bilik ni ada 2 lagi bilik kecil. Kakak lemon pun tinggal kt blok ni. Skrg lemon tgh menungu turn mandi. Lalala.... Hari ni kelas jam 4 petang... So, entah la apa aktiviti hari ni ya.. Beri cadangan blh?

Monday, September 28

Result Final Exam Sem 2


Result_F.jpg, originally uploaded by BuDaK HosTeL.
Baru je lepas ambil result sem 2 untuk course pengurusan teknologi. Belum buka lagi sampul ni. Hehe.. Tiba-tiba neves xtentu pasal. Petang ni ada org nak jumpa. Tapi tak tau nak pergi ke tak. Humm...
 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template