Showing posts with label matang ria. Show all posts
Showing posts with label matang ria. Show all posts

Saturday, May 31

Kubah Ria - Tempat lepak yang best untuk family ♥ - Cr to CatCityCouple

[Malay ver entry]

Hi hi, Selamat malam dan salam untuk semua!
Hari ni kami nak buat review pasal bangunan Kubah Ria Kuching yang baru, terletak berdekatan dengan tapak jambatan gantung (yang sudah runtuh beberapa tahun yang lepas). Bangunan ni baru je siap dibina, dan banyak stall-stall makanan dipindahkan ke sini. Kitaorang sempat juga dinner di sana semalam.

Apa yang boleh kitaorang katakan, tempat ni memang best! Macam-macam ada... Dari makanan ringan, hinggalah makanan "berat", boleh dikatakan semua ada. Oh ya, untuk pengetahuan korang, bahagian dalam bangunan ni siap ada kedai... Yang kami tengok siap ada butik dan salon lagi. Kelas gitu.

Bagi kami, tempat ni memang best untuk lepak-lepak sambil makan. Terutamanya untuk family. Berhadapan dengan banggunan, ada sungai. Cukup cantik, terutamanya di waktu malam. Ruang depan yang luas, membolehkan kanak-kanak berlari berkejaran bersama kawan-kawan diaorang (chewah, ayat skema).
Photobucket
Bahagian depan Kubah Ria
Pertama kali mejejakkan kaki ke sini (mulanya nak makan di Benteng, tapi tak jadi pulak), rasa excited. Banyak giler costumer datang. Nasib baik la kami dapat tempat duduk. Itu pun selepas habis menjelajah tempat tu, mencari menu-menu makanan. Terjumpa la satu stall yang menarik perhatian. Stall number 22.

Menu giler banyak, sampai tak tau nak makan apa. Jadi kitaorang cadang nak makan mee je la..
Photobucket
Mee Crispy
Ema order mee Crispy, manakala N.D pulak order Mee Kue Tiaw. RM5 je satu ni. Berbaloi, sebab kuantiti dia banyak! Tak sia-sia bayar, dah tu sedap pulak. Kami bagi 4 bintang!
Photobucket
Mee Kue Tiaw
 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template