Wednesday, January 6

Tomyam ayam versi budak hostel!

Ok la semua, hari nih aku nak ajar cara masak tomyam ayam paling simple dan uhmm!! Tapi ni sesuai untuk sesiapa yang gemarkan masam sedikit la.. hehehehe.. ok, straight to the point (sebab aku nak buat entry lain ni..


Photobucket


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 biji cili padi (hiris halus)
3 biji bawang merah (hiris jugak)
2 ulas bawang putih (pun hiris juga)
1 kiub tomyam maggie!
sedikit asam jawa
sedikit air (lebih kurang 2 cawan)
garam dan aji-no-moto secukup rasa


Cara-caranya:
1. Mula2, korang rendamkan ayam dengan air asam jawa selama 15 minit.
2. Sediakan kuali, letak sedikit minyak, gorengkan semua barang yang dihiris sehingga naik bau.
3. "Campakkan" ayam yang telah anda peram ke dalam kuali tersebut... Goreng bersama.
4. Selepas itu masukkan air asam jawa. biarkan sebentar kemudian masukkan air biasa secukupnya.. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kiub tomyam maggie ke dalam kuali tersebut. Gaul hingga rata.
6. Biarkan ianya mendidih sehingga ayam jadi empuk. Selepas empuk masukkan aji-no-moto dan garam secukupnya...
7. Hidangkan mengikut apa yang korang rasa best.
8. Makan!


Photobucket


P/s: cara memasak ini hanya boleh diamalkan bila korang tak mempunyai duit yang mencukupi untuk makan.
P/s: Serius sedap sebab rasanya masam hehehe (aku suka masam)

0 orang pengomen setia:

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template