Monday, July 12

Netherlands Vs Spain - Siapakah yang sepatutnya menang?

P/s: Post ini ditujukan khas kepada bro mijae. Dan tak lupa untuk penyokong Netherlands dan juga Spain. First of all, aku mintak maaf kalau aku tersilap bahasa ke terkasar bahasa ke lam post ni okeh?

Tepat jam 3.05 am (dan beberapa saat, aku tak ingat ) aku menonton FiFa kat http://www.iraqgoals.net/. Ni yang susah kalau ada tv tapi tak dapat pakai. Last-last kena tengok live broadcast pulak. Haiz....

Masa match tu, mata aku tertumpa pada mereka yang memakai baju orange (Netherlands). Jujur aku katakan, yang aku sebenarnya memang sokong Netherlands. Tapi oleh kerana sebab-sebab tertentu, aku disuruh menyokong Spain (asal ayat aku skema semacam nih).

Separuh masa pertama, tak begitu menarik bagi aku. Tapi bila masuk separuh masa kedua, jadi makin panas. Dua-dua pihak serang menyerang, sampai aku naik migrain menengoknya. Bila diaorang bagi masa tambahan, part ni la yang buat aku makin tension (honestly, aku pun tak tau apasal aku tension sangat). Si pengadil kepala botak pulak asyik bagi kad kuning saja. Aku perhati gak, dia ni macam target Netherlands punya pemain sebab apa, korang tengok la.... Giler banyak kad kuning dia pass kat Netherlands. Tambah lagi 1 kad merah? Korang tak rasa pelik ka?
Then satu lagi.... Kalo di perati betol-betol, korang akan tengok, sebenarnya goal yang Spain jaring tu tak offside, tapi serangan sebelum diaorang jaringkan gol tu yang offside. Sepatutnya referee hentikan serangan dari Spain time tu gak. Entah, aku tak tau la sama ada referee tu tak nampak, ataupun sengaja membutakan diri tak nampak offside yang team Spain dah buat. 

Apa-apa pun, aku tabik kat si referee kepala botak. Selama hidup aku nengok bola, ni la 1st time aku tengok match yang giler banyak kad kuning! Sampai otak aku pun dah kuning menengoknya... Kadang-kadang aku nengok bola ni kan, macam tengok cerita bawang putih bawang merah. Yelah, macam bawang putih, bila bawang merah buat salah mula la mengadu dengan maknya. Macam tu la bola... Kena sepak sikit ke, atau terjauh sikit sebab team lawan tak sengaja, mula la nak mengadu ngan pengadil. Apa kes?

Aku taknak komen banyak-banyak. Oleh kerana line beruk-band lembab dan aku tengok match pun asyik tersekat-sekat, ia sedikit sebanyak dah membuat kepala aku pening nak focus. 

Btw, pada pendapat peribadi aku, Netherlands yang sepatutnya menang. Kenapa? Tu aku punya pasal la nak cakap siapa menang siapa kalah. Apa ku kisah?

Kepada penyokong Spain: Jangan la korang sanjung-sanjung si Paul Sotong Kurita. Tahyul weyh tahyul...

P/s: aku dari semalam nak update pasal aku punya berjantina (beargentina) tapi tak terupdate... adehhh...

Nota tambahan: Bila la Malaysia nak masuk FIFA? korang agak2 bila? 

Takde gambar untuk post ni... Aku malas google (apakah??)

5 orang pengomen setia:

Hariz said...

Belanda Adalah Pemenang

Congratulation Netherlands Is Winner World Cup 2010

norain ishak said...

tension?agak ar.stress pun ada.
saya sokong spain tapi bukan sokong si Paul. syirik percaya ramalan paul tu. papepun, dua2 sama hebat.and nasib menyebelahi sepanyol hari ni.

Kyrul said...

tapi bola tu tak sampai Iniesta (passing yg pertama dia berada di dalam keadaan offside.) . jadi, offside ini tidak dikira kerana bola jatuh ke pemain Spain yg lain .

untuk serangan ke-2 , iniesta tidak berada di kawasan offide . so , gol itu dikira sah . :D

*peminat Spain sebenarnya. ;b*

KID LEARNS TO FLY™ said...

tu diaaa..kuti *cutie name gb...

tahniah la spain mng ahaks.. (bodek ade link)

gua dh bosan pakai jersi negara lain..biler lak nak pakai jersi malaysia ni arghhh..

tu diaa..detail punya citer haha..pengalaman jd commentator ngan gt dan hyper ke hape ni

hehe..

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi wwwasianbet77com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template