Tepat jam 3.05 am (dan beberapa saat, aku tak ingat ) aku menonton FiFa kat http://www.iraqgoals.net/. Ni yang susah kalau ada tv tapi tak dapat pakai. Last-last kena tengok live broadcast pulak. Haiz....
Masa match tu, mata aku tertumpa pada mereka yang memakai baju orange (Netherlands). Jujur aku katakan, yang aku sebenarnya memang sokong Netherlands. Tapi oleh kerana sebab-sebab tertentu, aku disuruh menyokong Spain (asal ayat aku skema semacam nih).
Separuh masa pertama, tak begitu menarik bagi aku. Tapi bila masuk separuh masa kedua, jadi makin panas. Dua-dua pihak serang menyerang, sampai aku naik migrain menengoknya. Bila diaorang bagi masa tambahan, part ni la yang buat aku makin tension (honestly, aku pun tak tau apasal aku tension sangat). Si pengadil kepala botak pulak asyik bagi kad kuning saja. Aku perhati gak, dia ni macam target Netherlands punya pemain sebab apa, korang tengok la.... Giler banyak kad kuning dia pass kat Netherlands. Tambah lagi 1 kad merah? Korang tak rasa pelik ka?