Saturday, September 20

Buku Baru, Semangat Baru

Lama dah tak jenguk blog ni, agak-agak 2-3 tahun, adelah... hehe

Macam-macam perkara berlaku dalam masa yang singkat ni. Yang paling menyayat hati, kehilangan #MH370 dan tragedi #MH17. Al fatihah untuk keluarga yang berkenaan.

Shiema pulak, akan mulai berblog kembali. Selepas sekian lama, Shiema akan bawak korang jalan-jalan keliling Kuching, dan update korang pasal apa yang berlaku kini.

Jika ada salah silap, minta ditegur ye, maklumlah, baru nak mula balik, huhu... kira macam kucing baru nak belajar berjalan la ni. hehehe....

Adios yeah, nanti update lagi =)



posted from Bloggeroid

Saturday, May 31

Kubah Ria - Tempat lepak yang best untuk family ♥ - Cr to CatCityCouple

[Malay ver entry]

Hi hi, Selamat malam dan salam untuk semua!
Hari ni kami nak buat review pasal bangunan Kubah Ria Kuching yang baru, terletak berdekatan dengan tapak jambatan gantung (yang sudah runtuh beberapa tahun yang lepas). Bangunan ni baru je siap dibina, dan banyak stall-stall makanan dipindahkan ke sini. Kitaorang sempat juga dinner di sana semalam.

Apa yang boleh kitaorang katakan, tempat ni memang best! Macam-macam ada... Dari makanan ringan, hinggalah makanan "berat", boleh dikatakan semua ada. Oh ya, untuk pengetahuan korang, bahagian dalam bangunan ni siap ada kedai... Yang kami tengok siap ada butik dan salon lagi. Kelas gitu.

Bagi kami, tempat ni memang best untuk lepak-lepak sambil makan. Terutamanya untuk family. Berhadapan dengan banggunan, ada sungai. Cukup cantik, terutamanya di waktu malam. Ruang depan yang luas, membolehkan kanak-kanak berlari berkejaran bersama kawan-kawan diaorang (chewah, ayat skema).
Photobucket
Bahagian depan Kubah Ria
Pertama kali mejejakkan kaki ke sini (mulanya nak makan di Benteng, tapi tak jadi pulak), rasa excited. Banyak giler costumer datang. Nasib baik la kami dapat tempat duduk. Itu pun selepas habis menjelajah tempat tu, mencari menu-menu makanan. Terjumpa la satu stall yang menarik perhatian. Stall number 22.

Menu giler banyak, sampai tak tau nak makan apa. Jadi kitaorang cadang nak makan mee je la..
Photobucket
Mee Crispy
Ema order mee Crispy, manakala N.D pulak order Mee Kue Tiaw. RM5 je satu ni. Berbaloi, sebab kuantiti dia banyak! Tak sia-sia bayar, dah tu sedap pulak. Kami bagi 4 bintang!
Photobucket
Mee Kue Tiaw

Thursday, April 21

Edisi : Mengubat Rindu yang ber'debu' ( P/s: Ini bukan entry jiwang )

Salam and good morning u 'all!

Uhukkk uhukkk (batuk sambil membuang debu di depan muka)

Giler semak blog nih, mana taknya, berbulan tak update... rindu giler rasa
nak cium jer blog ni... huhuhu ( cium monitor je lah...hehe).. Korang apa khabar? Shiema sihat je, lama tak update sebab sibuk dengan urusan disana sini... huhuhu... baru je selesai 'buang' layout lama dan settingkan baru semua benda, kejap lagi nak pergi 'blogwalking' ke 'rumah-rumah' korang pulak, yang ada dalam list link exchange dan yang tinggalkan link di shoutbox...

So, sesiapa yang selalu jenguk blog ni, lepas ni Shiema buat kunjungan balas yer? Yer... well, I am back baby! Nanti update pasal perkara-perkara yang belum lagi Shiema tulis kat blog ni... Nak away jap pergi blog korang. Shiema akan start blogwalking sampai jam 6 am jadi, tinggal-tinggalkan lah link korang yah!

Well I miss you all, and this little boy too =P

Mr. Hunter : "err... meow?"

Saturday, October 9

The Truth about Malaysia : April Fool Malaya

For Sabahan and Sarawakian - must read

Artikel ini tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak, tetapi hanya untuk memastikan kita tahu bagaimana dan apa sebenarnya terjadi masa dulu, sebelum Malaysia terbentuk. Pihak-pihak terbabit patut buka mata, buka minda, jangan jadi buta! Jangan ingat nak saman orang je, asyik tengok dari sudut negatif (aku bukan bermaksud aku sokong Namawee, Namawee lain, yang ni lain). Cuba la try tengok dari sudut postitif apa yang Pakcik Julaihi ingin bentangkan. Apa yang dia cakap ni betul ape, bak kata pepatah orang dulu, sapa rasa cili dia mesti rasa pedasnya! peace =P

P/s: terdapat beberapa bahagian tambahan dimana aku (pemilik blog) mungkin akan memberikan pendapat/kritikan. Sila take note.

dicopy dari:
http://knightadventure.blogspot.com/2009/04/aprilfool-malaya.html


Aprilfool Malaya
Hadiah dari Haji Julaihi Haji Suut

Cerita kita hari ini: Malaya kantoi. Malaya tipu Borneo. Malaya putar-belit sejarah. Malaya berhutang dengan Borneo. Sasaran cerita ini: Orang Borneo mesti copy-paste dan emailkan kepada sekalian rakyat jelata Malaysia. Tujuan cerita ini: Pembetulan sejarah Malaysia. 

Monday, July 12

Netherlands Vs Spain - Siapakah yang sepatutnya menang?

P/s: Post ini ditujukan khas kepada bro mijae. Dan tak lupa untuk penyokong Netherlands dan juga Spain. First of all, aku mintak maaf kalau aku tersilap bahasa ke terkasar bahasa ke lam post ni okeh?

Tepat jam 3.05 am (dan beberapa saat, aku tak ingat ) aku menonton FiFa kat http://www.iraqgoals.net/. Ni yang susah kalau ada tv tapi tak dapat pakai. Last-last kena tengok live broadcast pulak. Haiz....

Masa match tu, mata aku tertumpa pada mereka yang memakai baju orange (Netherlands). Jujur aku katakan, yang aku sebenarnya memang sokong Netherlands. Tapi oleh kerana sebab-sebab tertentu, aku disuruh menyokong Spain (asal ayat aku skema semacam nih).

Separuh masa pertama, tak begitu menarik bagi aku. Tapi bila masuk separuh masa kedua, jadi makin panas. Dua-dua pihak serang menyerang, sampai aku naik migrain menengoknya. Bila diaorang bagi masa tambahan, part ni la yang buat aku makin tension (honestly, aku pun tak tau apasal aku tension sangat). Si pengadil kepala botak pulak asyik bagi kad kuning saja. Aku perhati gak, dia ni macam target Netherlands punya pemain sebab apa, korang tengok la.... Giler banyak kad kuning dia pass kat Netherlands. Tambah lagi 1 kad merah? Korang tak rasa pelik ka?

Friday, July 9

Xpress Update! July 2010

Ohio! Selamat pagi semua! Yes, I'm back! Haha.. Sorry sebab dah lama blog ni tak berupdate. Al maklumlah busy memanjang. Sekarang pun tengah busy gak. Busy pasal apa? Tak perlu la aku bagitahu ya.

Hurm, topik hari ni, update sepantas kilat pasal isu-isu yang aku tengah fikir atau buat. Banyak ni, tapi aku post yang perlu saja lah ea...

Part 1: Paul si Sotong Kurita

Tadi masa tengah layan Facebook, orang asyik cakap pasal sotong. Nak makan sotong, bakar sotong, goreng sotong. Tengok-tengok rupanya diaorang cakap pasal ramalan si Paul Sotong Kurita yang salah. Aku pun semalam angin gak Germany kalah. Siot la! Tapi aku tak sangka lak ada gak orang yang percaya ramalan si Paul tu huhuhu.


Photobucket
Paul si Sotong Kurita (crdt to Google)

Cakap pasal si Paul ni, rasanya dulu aku ada dengar pasal binatang ni tapi tak ingat kat mana lak. Kalau tak silap aku sotong ni memang popular part ramal perlawanan bola sebab majority yang sotong ni ramal semuanya betul. Aku pun tak tau kesahihannya, tapi yang aku tau, aku nak masak sambal sotong la esok sebab adik aku suka makan sambail sotong... huahahah

Part 2: Sarawak Rainforest World Music Festival 2010

Monday, May 3

Pikom PC Fair @ Permata Car Park, Kuching..

Dah dua hari berturut-turut aku pergi PC fair. 1 & 2 Mei tapi satu apa pun aku tak beli.. hahaha! Dengan tangan penuh dengan segala kertas promosi (kononnya) aku jalan gak. Tapi kelmarin (ahad) aku ke PC fair dengan family. So happening la sikit, sebab ada dua kanak-kanak comel ikut. Tak la sunyi sangat kan? Kalau jalan-jalan dengan orang dewasa tanpa budak kecik, rasa macam kecil je diri ni... chewah!

Erk, jap, aku lupa nak cakap hai! hai guys! hahaha! sorry, sorry.. Bukak entry ja terus membebel.. Hehehe bukan apa, aku tengan angin ni. Adik aku control katil aku.. Dah tu, bila aku baring sebelah dia boleh kena terajang! Ada ke patut? (korang perlu cakap *tak patut.. tak patut*) Aku tak dapat tido, so aku buat la entry baru. At lease tak la bersawang sangat blog aku ni kan?

Sambung balik pasal PC Fair!


Photobucket



 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template