Berbalik pada topik hari ni.. Aku nak cita pasal kawan... Semenjak dua menjak kat hostel macam-macam aku dengar dan aku alami.. The best la! Ada kawan makan kawan, kawan sejati, kawan sampai mati, kawan "sparepart"...
Semua nak cari kawan sejati, tapi cukup sejati ka korang dengan kawan korang? Cuba korang recall balik, bila kali terakhir korang jumpa kawan korang? Cuba korang ingat bila kali terakhir korang peluk kawan korang? Pernah tak korang jaga dia masa dia sakit? Korang pernah sms tanya khabar?
Ok, aku akui, aku bukan kawan sejati, tapi aku akan cuba berhubung dengan kawan aku... cara yang selalu aku buat, aku adakan event.. Tapi ni la masalahnya, setiap kali aku buat event je busy! Setiap kali diaorang busy ja aku buat event eeee! Geram nyah! Endingnya apa lagi, aku pun enjoy the event sorang-sorang...
Ada segelintir yang hanya ingat kawan apabila diaorang dalam susah.. Kebanyakkan yang aku kenal memang macam ni. Aku rasa korang pun sama.. ada kawan spesis ni kan? Bila dia susah mula la sibuk cari kita.. Bila kita susah dia pergi tutup pintu pagar rapat-rapat... Haih... Aku dah kena banyak kali... Sampai la satu hari boyfriend aku cakap "Sayang, cuba la jadi selfish...Pentingkan diri sebelum pentingkan orang lain. Tapi kena ingat, pentingkan diri biar bertempat..".
Adakah aku perlu jual ikan(selfish)?
Bila dia cakap macam tu aku terfikir gak.. Adakan aku perlu jadi selfish... Adakah aku perlu pergi jual ikan kat pasar minggu setiap hujung minggu? (err...ada kaitan ke? aku rasa takda kaitan ni...ah, lupakan!)
Apa-apa pun, point utama yang dia nak sampaikan, jangan pentingkan orang lain dari diri sendiri.. Nanti merana badan, otak merana, terus menetap di hospital gila.. Apa yang dia cakap tu betul apa.. Ko sanggup duduk hospital sentosa? Aku tak sanggup...
P/s: Gambar-gambar diatas dicedok dari pak cik G punya album gambar..
P/s: Entry ini mungkin ada kena mengena dengan yang hidup sahaja =P
9 orang pengomen setia:
kadang perlu jual ikan.
kadang kala tidak perlu.
ikut kesesuaian
@ ringo:
ohh... then kita kena jual ikan pada masa dan tempat yg sesuai.. o.o
jom jual ikan!
hee~
Jagan jadi tong sampah sebetulnya.... Tong Sampah tu mulia tugasnya, tanpanya sampah dibuang merata-rata. Tapi sayang, tong sampah tu sendiri jadi kotor kan?
@ zaty: Jom2... ehehhh
@ Dak Wan: btol2... Jgn jd tisu gak.. huhu
hehehehe
nak bukak cc? wah2 bgusnih dh berjinak dlm dunie bisnes!!
keep it up babe!
@ Rama2ungu: aik.. panjang ketawa.. hehehe
@ nawal: hehehe.. dalam perancangan.. Thanks... =)
penting kan diri sgt pn takleh..kena seimbang
Post a Comment