Monday, December 21

Mawie buat contest: Aku...Dia & Camera!

Aku dia dan camera? Apasal aku buat entry ni? Saja jer menyahut cabaran Mawie Oh! Dawie punya contest dimana setiap peserta perlu membuat satu cerpen dengan menggunakan tajuk yang dia bagi "Aku..Dia & Camera". Contest ni tamat 1 januari 2010, tapi elok la aku buat awal2 sementara mood ber"contest" ni masih ada kan? =)



Photobucket


Here we go:


"Eh Dawie, ko betul-betul ke nak jual camera ko tu?" Shah duduk di sebelah aku. Nikon D3000 yang baruku beli diambilnya.
"Yer la.. Aku terpaksa Shah" Aku meyakinkan Shah. Shah memegang bahuku, memberi kembali DSLR itu lalu keluar dari bilikku.


       Aku teringatkan Mimi, kekasih hatiku yang berada jauh di Penang. Aku di Sarawak. Beberapa hari lepas aku bergaduh besar dengannya. Semuanya kerana camera itu, Nikon D3000 yang aku inginkan selama ini.

"Abang memang pentingkan camera dari Sayang!" Luah Mimi sebaik sahaja aku menjawab panggilannya.
"Sayang, bukan tu maksud abang..."
"Dahtu? Kenapa abang memilih untuk beli camera tu dari jumpa Sayang?"
"Abang dah lama impikan camera ni.."
"Sbb tu Sayang cakap, Abang dah tak sayangkan Sayang!"
"Mimi..."
"Tengok! Sekarang panggil dengan nama! Entah2 dah ada awek lain kat Sarawak!"
"Bukan begitu maksud abang..."
"Sudah la! Mimi taknak jumpa abang dah!"
*** Talian diputuskan***

       Tengah hari 6 Januari, selepas beberapa hari pergaduhan dengan dia, aku mendapat panggilan dari ibu kepada Mimi yang mengatakan Mimi kemalangan dan terlantar di rumah sakit...

'Kalaulah aku pergi berjumpa dia.. Kalaulah aku tak beli camera ni... Kalaulah aku tak gaduh dengan dia...'

      Terlalu banyak kalau yang aku fikirkan. Aku nekad! Aku akan jual camera ni demi untuk berjumpa dia. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Shah kembali bersama seorang rakannya yang berminat untuk membeli cameraku. Setelah puas berbincang, akhirnya dia membeli cameraku dengan harga RM2000. Aku melepaskan camera itu dengan berat hati...

      7 Januari, hari aku berangkat ke Pulau Pinang. Tiba saja di Penang aku disambut mesra oleh abang Mimi di lapangan terbang. Sedikit hairan, kerana abang Mimi ni asyik tersenyum kepadaku. "Pedulikan la!" bisikku didalam hati. Apa yang aku tahu aku mahu berjumpa dengan Mimi!

     Hasratku untuk berjumpa Mimi terbantut apabila abangnya mengajakku pulang ke rumah terlebih dahulu. Aku membangkang, tetapi dia tetap ingin membawaku pulang ke rumah. Sampai saja dirumahnya, keadaan sedikit menyeramkan kerana keadaan yang terlalu sunyi. Abang Mimi memberi kunci pintu rumah kepadaku dan meminta aku membuka pintu tersebut.

    "HAPPY BIRTHDAY!" Teriakan tersebut terus membuatku terkejut sebaik sahaja aku selesai membuka pintu. Mimi dan beberapa orang rakanku muncul di hadapan pintu sambil membawa kek hari jadi. Mimi memelukku erat. Oh! Tidak! Aku lupa hari ini hari jadi aku!

     Setelah majlis selesai, aku termenung.. Nikon D3000 kesayanganku... Menangis sebentar di dalam hati. 6 bulan aku mengumpul duit untuk membelinya, dan semuanya dijual semata-mata untuk ke Penang? Mimi menipu aku. Ahh, nasib baik aku sayang dia.. kalau tak memang sudah kena penampar laju-laju. Sedang asyik termenung, aku dipeluk dari belakang. Mimi tersenyum manis memandangku..

    "Abang kenapa termenung ni?" Tanya Mimi kepada aku. Aku menoleh ketempat lain, malas rasanya melayan Mimi setelah mendapat tahu diri ditipu.
    "Mesti pasal Mimi tipu abang sbb nak buat suprise kan?" Aku membisu. Perempuan ni, dah tahu tanya lagi.
    "Abang, Sayang ada hadiah tau untuk abang..." Dia menghulurkan bungkusan besar berwarna merah kepadaku.
    "Apa ni?" Soal aku kepada dia sambil membuka pembalut hadiah tersebut. Nikon D60! Wahh! Aku melompat kegirangan sambil memeluk Mimi.
   "Ni untuk abang ke Sayang?" Soalku kepada dia. Dia menganguk. Gembiranya rasa hatiku bila menerima hadiah pemberian darinya! Camera ini lebih baik dari camera yang aku beli sebelumnya!

   Kemudian, dia membawaku berjalan-jalan di pantai berdekatan rumahnya. Camera yang diberinya aku bawa. Puas juga aku shoot aksi-aksi nakalnya bermain air di pantai tu..

   Mimi.. Mimi.. Dia memang nakal tetapi aku tetap sayang padanya. Walaupun masih merindui camera lamaku, tetapi camera yang baru ini lebih berharga kerana ianya pemberian orang yang paling aku sayang. Walau apa pun berlaku aku takkan jual camera ini.. =)

TAMAT

Jutaan terima kasih kepada Oh! Mawie Oh! Dawie kerana memberi peluang untuk para blogger macam saya-saya ni mengasah bakat yang makin tumpul (sebab lama dah tak belajar karangan bahasa melayu). Korang kalo nak join contest ni boleh lagi tau. Sebab tarikh tutup 1 Januari 2010.

P/s             : Mood ber"contest" aku makin menjadi2... apasal ek?Photobucket
P/s lagi sikit: Giler noob cerpen aku.. hahaha!

9 orang pengomen setia:

Adam said...

baru nak follow aku ke? :P aku dah follow ko ..

Shiema said...

well dakjaat =P

i'll follow u (ala2 iklan digi =X )

Adam said...

hehehe! meh sini aku gigit lengan ko .. pastu ko gigit lengan orang lain plak .. :P apsal blog ko ni heavy jer?

Shiema said...

plak... ko ggt lengan aku, aku ggt la lengan ko balik =p

heavy kew?
aku timbang dulu xsampai 100 kg pun...
nyahahaha!

whitedaisy said...

awk nye cerita best la......comey je.

nk jugk wat suprise kat si dia cm tu...tp biasa la...duit tak byk...hahaha...
gud luck ye...jummmm sme2 join contest byk2..haha

Shiema said...

hahaha..
tu taip tanpa henti 30 minit tu =p

yer.. jum join contest byk2 =p

aku Zaty said...

huhu..
cute story nie!=)
gudluck okies..
kite join gak..=p

Adam said...

serius ni .. heavy.... paling lambat ialah blog ko ... tab2 yang lain cepat jer.. hehehe!

Shiema said...

@ aku zaty
thanks ^^ u pun goodluck..
dpt hadia belanja la gula2 satu =p

@ dakjaat
berat kew?
nak kena buang benda2 yang xberapa digunakan ni >.<

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template