Title di atas tak ada kena mengena langsung dengan entry yang ditulis ni... hahaha! saja jer tulis title mcm tu kot.. sebab kebuntuan idea untuk mencari nama title. Ok la, hari ni just nak cerita pasal apa yang terjadi pada aku beberapa hari lepas...
Hahaha, picture ni diambil selepas pulang dari party.. Lepas tukar seluar baru teringat nak amik gambar letak dlm blog... Hahaha, susah gak kalo jd blogger ni, namanya pun blog fanatic semua gambar nak snap letak kat blog! Ok la, lepas balik dari party, keesokkan harinya aku dikejutkan awal pagi untuk ke rumah nenek (tidur jam 6.30 kena kejut jam 7.00, ada ke patut?).
So, hari itu, pergilah menolong family pulak yang mengadakan kenduri kendara... Pergi rumah nenek buat macam-macam, salah satu darinya ialah...
Ketupat! Serius aku tak pandai anyam ketupat, jadi aku tolong isikan pulut dalam ketupat je la... Ekekeke.. pastu aku main dengan cousin aku yang kebanyakkannya berumur dibawah 12 tahun.
Tengahari pulak kita semua satu family makan beramai-ramai. Lama sudah tak merasa makan macam ni. Nasib baik nenek jenis yang mengamalkan cara lama, kalau tak, tak ada la merasa macam ni. Ye la kan, orang sekarang prefer catering! Tapi nenek cakap kalau ramai-ramai lebih elok, keraja bersama dalam satu family...
Petangnya jam 2 mulalah kenduri kesyukuran... Kenduri ni untuk atuk dan juga saudara aku yang baru selesai bersunat.. hahaha.. comel je dua orang bujang ni.. Dan juga untuk anak aku yang akan bersunat tak lama lagi.. (aku ada anak? tak percaya tengok dalam facebook =p )
Oleh kerana kenduri ni kenduri kecil-kecilan, jadi tidaklah sesak sangat, dan habisnya pun awal.. Dalam jam 4 petang semua benda settle... Semua orang sudah boleh rehat.. So aku macam biasa la, lepak dengan family aku akan sengaja duduk di sebelah nenek (cucu nenek ba). Sambil duduk tu bermain la dengan si kuning yang hensem dan kacak...
(ni namanya Kuning.. Comel x? =p )
Balik rumah terus tidur.... Hari diteruskan macam biasa.. Tapi yelah kan, oleh kerana daku baby sitter, diarahkan untuk menjaga cousin la pulak.. Sempat la menjenguk untuk membaiki blog yang kucar kacir beberapa hari lepas hingga menyebabkan trafik blog aku merudum jatuh macam nangka jatuh tanah..
Dan tiba-tiba, masa tengah kelaparan giler! Satu bencana datang! Gas habis dah! Aku dah lapar sangat tahap karma.. Dan oleh kerana bakat terpendam yang dibawa dari hostel, aku terlebih kreatif!
Aku masak maggie guna rice cooker! Korang pernah try? Tak pernah kan? hehe... selamat mencuba ^^
15 orang pengomen setia:
wah...meriah sakan nih kenduri
best2!
nak sket ketupat tu.. hehhe.. leh rasa masakan kamoo~ :)
memang comel pun...
@ aidi:
hehehe.. xberapa meriah sbb kecil-kecilan jew..
@ shahrul:
boleh ja.. datangla kuching! =p
@ pencari cinta:
apa yg comel tu? kuning ke? =p
ler slalu buat apa...rice cooker & microwave oven..sbb rasa dia lagi sedap..
Budak Hostel: aiyaarkk.. ko jemput aku ka?? ok la bha aku datang nanti ko jempot aku di epot aa.. hee
seronoknye..kan best akurase seronok centu...
@ johny tim:
hahaha, ak jarang try kot =p
1st time tu =p
@ shahrul:
ok jer! (kena masak ketupat bnyk2 ni bg ko sorg makan)
@ si lampu neon:
nanti kalo ader kenduri ak jemput ko.. hehe, dpt ko jd cucu angkat nenek aq =p
kalo mkn sdp2 tu ajak r kite orang skali...hihihi
Jom tengok Blog i pulak!
he he he.
kenduri mmg letey.
aku bese dok tengok je.
even da besor panjang.
ha ha ha.
kucing comey.
lau jantan leh kawen ngn kuceng aku.
ngee~
aiyokkk!! special serve ke klw aku datang nie... hahaahh bukan main byk g ko nak bg aku mkn.. hahah~ :P
@ Johny Tim:
yer, aku ajak kang mcm mana korang nak rasa? =p
@ cik:
kucing tu jantan.. lai la kawenkan kuching ko ngan aku.. ekekeke
@ shahrul shaharuddin:
ekekeke.. ko buat ketupat aku tolong isikan pulutnya jer.. ekekeke
Salam dari follower baru kamu! Hehehe dapat FT.
@ dak wan:
hehehe.. ok nanti sy follow awak jugak =p
@ ann:
sure ^^
Post a Comment