Thursday, January 7

Tips mengorat lelaki - Part 2 ( Tempat - Kolej )

Baiklah rakan2 sekalian, hari ini, kita akan meneruskan sesi pelajaran dan pembelajaran kita yang tertunda.. Hari ni kita akan belajar tips mengorat lelaki part 2. Macam mana dengan tips mengorat part 1? Tu asas-asas yang perlu korang tanam kat diri korang.. 5 terpenting tu... Kalau takde kelima-lima tu susah la korang nak mengorat para jejaka ni.. hehehe...

Hari ni kita akan belajar taktik khas untuk mengorat lelaki-lelaki comel di sekolah dan kolej.. hehehe..

Terdapat 3 tempat paling glamor yang lazimnya kebanyakkan lelaki akan duduk di sesebuah sekolah, kolej atau universiti... Tempat paling popular mengikut pengamatan aku ialah library, kantin dan sudah tentu la dalam kelas.. Mari kita bawa diri kita ke library dulu!


Photobucket


Tempat: Library
Masa : Seeloknya petang dalam jam 2pm-4pm


Si dia sedang duduk di meja keseorangan belajar dengan tekunnya. Korang kena buat dia terganggu sedikit sebab lelaki ni kalau belajar, kadang2 orang yang lalu kiri kanan dia pun dia tak perasan. Pastikan korang bawa 3-4 buah buku tebal , korang mulakan langkah slow-slow lalu kat sebelah dia. Slow-slow tau.. Pastu jatuhkan sebuah buku betul-betul atas meja dia. Buat macam ko tak sengaja nak jatuhkan buku tu (kononnya kau tak sengaja la).

** Sure si lelaki tu buat muka marah (yer la, dia tengah belajar tiba2 buku jatuh atas meja dia). Ko jangan cuak, ko buat muka INNOCENT. Ingat, muka tak bersalah dan buat2 nak nangis...

P : Awak maaf, saya tak sengaja (buat muka nak nangis, sure dia tak sampai hati nak marah)
L : Kau ni apasal, tak nampak orang tengah belajar?? (dia tengah marah ni, ko jangan takut.. buat muka nak nangis lagi)
P : Saya minta maaf (keluarkan sikit air mata ko.. dah nak cair dia tu). Saya tak sengaja (hah! time ni, keluarkan air mata ko! nyahaha!)
L : Awak jangan la nangis, library ni (dia da mula nak pujuk)
P : Awak marah saya (buat konon ko ni manja la.. takleh kena marah sikit)
L : Ok ok saya minta maaf... (hehehe.. dia mula pujuk ko plak tu.. layankan jer...)

Pastu pepandai ko la gunakan benda di sekeliling ko. Sebab bila ko dah nangis, sure dia tak berani nak marah ko punya... Then dia akan ajak kau borak-borak.. Lepas tu, ko layan kan jer... Layan beb layan....

Kata aku: Taktik ni akan menjadi kalau dia duduk sorang-sorang dan dia bukan jenis yang pemarah. Hehehe.. Lepas ko nangis ko buat la muka comel.. Senyum! salah satu senjata paling berharga perempuan.. Kalau ko senyum, sure cair... Tapi pastikan juga senyum ko tu ikhlas la yer.. Senyum tak ikhlas tak berkat... Satu lagi, air mata tu senjata utama meredakan kemarahan lelaki.. hehehe...


Photobucket


Tempat: Kantin @ Cafe
Masa :Time breakfast, Lunch atau Minum petang.

Time-time macam ni banyak orang yang akan berada di kantin @ cafe.. Hah, masa ni la paling elok mengorat dia.. Tapi ko kena berani la, sebab yang ko akan hadapi bukan dia sorang, malah kawan2 dia sekali tau.. Seeloknya sebelum ko jalankan misi di kantin ni, ko baca sikit berita-berita semasa.. Pasal game bola sepak semalam ke, atau pasal teknologi, apa2 ja yang up to date... Okies?

** Ko g pergi dekat si dia dan kawan2 dia... Buat muka kesian (kononnya takde tempat duduk). Ko tanya la kalau ko boleh join dia orang untuk makan kat situ.. hehehe.. Sure dia tak sampai hati dia bagi ko duduk nya...

Aku takleh bagi dialog kat sini, tapi yang aku tahu, ko duduk dan dengar dulu apa yang diaorang borak... Lepas tu, kalau ada point ko menyampuk la sedikit demi sedikit... Contohnya:

Kawan dia : Aku dengar malam ni ada match, Liverpool lawan Manchaster United..
Si Lelaki    : Eleh, confirm Manchaster United kalah punya! caya la ko cakap aku...
Kau Cakap: Semalam Liverpool menang lawan Chelsea.. mesti malam ni dia menang lagi (pancing si lelaki kononnya ko suka team yang sama dengan dia).
Si Lelaki    : Eh, awak ada tengok match semalam? (susah nak cari pempuan minat bola)
Kau Cakap: Yer la, ingat lelaki je minat bola (pancing2.. kali da nak kena tu..)
Si Lelaki     : Awak tengok kat mana? Mamak?
Kau Cakap: Ye la, mana ada feel tengok bola kat rumah...
Si Lelaki     : Malam ni tengok bola ngan kitaorang nak?
Kau Cakap: Saya ok jer.. (yes! umpan da kena weyh!)

Pastu ko goreng la... Apa lagi, petang tu gak ko g shopping baju bola untuk tengok kat mamak ngan dia malam tu..

Kata aku: Lelaki ni suka orang yang mempunyai minat yang sama dengan dia, so, ko kena pelajari apa yang dia minat dan tak minat... Pastikan kalau nak pikat lelaki tu, ko pun kena ambil hati kawan2 dia.. Kalo tak, susah... Untuk lelaki, family is 1st, friends 2nd and awek 3rd.. huhu

Aku ajar dua tempat ni ja ok? Seeloknya, tolong jangan mengorat dalam kelas.. Nanti kalau korang tak fokus bahaya, kalau failed sapa susah? Korang gak... aku tak susah... hehehe....

Edisi mengorat part 2 sampai disini.. Aku ada kerja lain ni.. nak Blogwalking lagi, buka facebook lagi, check email lagi... huhuhu.. Da la perut memulas nak makan.. hehehe

P/s: Tektik mengorat part 2 ni sesuai untu yang playgirl dan berani mati sebab ianya terlalu ekstreme untuk dicuba oleh wanita yang sensitif.. nyehehe.. Selamat berjaya!

P/s: Kalo tak berjaya jangan saman saya, saya orang susah.. huhuhu

4 orang pengomen setia:

Didi Nadhirah said...

:) ye tak saman hehehe

shuko said...

haha..lawak2..99% mnjadi aku rase..cnfirm..

storm said...

teknik no. 2 tu ok gak la tp susah nak cari gurl tegur laki yg tgh lepak ramai2 ngn geng dia. ada tu memang ada tapi gurl jenis camtu selalunya lasak. Tak semua tapi mostly..zasss..

Budak Hostel said...

@ didi:
hehehe

@ shuko:
kalau xjadi jgn saman saya.. ekeke

@ storm:
mmg ssh sbb girl ni jarang nak tegur lelaki kalo dlm group mcm tu.

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template