Monday, January 11

Tips mengorat lelaki - Part 3 ( Boys Next Door)

Yeah! Bertemu sekali lagi dalam kelas mengorat! hahax! Sorry la lama tak update sebab demam.. ditambah kesibukan mengurus hal-hal kolej, dan membeli barang-barang yang berkaitan sehingga diri ditimpa hujan dan mengalami demam yang teruk. Bila dah ok sikit demam aku boleh melantak buah durian pulak.. memang la demam tu takkan sembuh.. ish ishhh...

Hari ni, aku akan ajar korang mengorat boy's next door... Hehehe.. Ni keja sonang jer nohh... Tak perlu pergi jauh-jauh sebab si dia kat sebelah rumah jer kot... hahas..


Photobucket
Asal ada boys over flower lak kat sini




Situasi: Ada jejaka cun pindah sebelah rumah korang.. Korang ingin nak berkenalan dengan dia.

Tindakan: Siapkan bahan-bahan, masak nasi dan lauk pauk secukupnya. Lepas siap masak, ko pergi la jemput dia untuk makan tengah hari @ dinner kat rumah ko.

Kata aku: Hehehe, taktik ni adalah taktik yang biasa digunakan oleh budak-budak yang duduk di perumahan. Lagipun, kalau buat macam ni, kemungkinan untuk ko dengan dia berkawan rapat adalah 90%. Ini disebabkan situasi dia yang baru pindah. For sure dia memerlukan teman untuk menyesuaikan diri dengan dia. Sekaligus perkara ini akan merapatkan hubungan silaturahim sesama korang.

Situasi: Hari minggu. Masa korang tengah bersantai di belakang rumah korang terlihat mak dia tengah memasak sesuatu.

Tindakan: Ketuk pintu rumah belakang diaorang, tegur aunty tu..

Kata Aku: Cara ni paling best. Usha si dia melalui ibunya.. Selalunya si ibu nak yang terbaik untuk anak mereka, terutamanya si lelaki. Korang perlu pikat hati ibunya supaya korang dapat kredit lebih. Kalau korang ok, confirm si ibu akan kenalkan dan ceritakan pasal si lelaki kat korang. Then sure dia try nak satu-satukan korang dengan anak dia.. hehehe...

Situasi: Korang terlihat adik-beradik si dia bermain di taman permainan.

Tindakan: Korang pergi bermain bersama adik-adik dia.. Kalau boleh, beli aiskrim bagi kat adik dia..

Kata Aku: Dengan cara ini, korang boleh rapat dengan adik-beradik dia, korang boleh tanya pasal dia kat adik-beradik dia. Tentang apa yang dia suka makan.. dia dah ada girlfriend ke belum..hehehe...

Apa yang korang perlu tahu:
- Masa dia keluar dari rumah dan pulang ke rumah (supaya senang nak usha ikut time)
- Apa yang dia selalu buat hujung minggu
- Aktiviti yang dia gemari
- No telefon dia (yang ni korang pandai2 la bodek adik beradik @ mak dia)

Adess... aku pening kepala siot... banyak lagi nak tulis ni.. baik aku sambung nanti... Asyik bersin tak henti ni huhuhu....

P/s: Sorry guys, nanti aku tulis lagi k? Try yang atas tu dulu.. Yang ni tak silap aku dah part 3. Coming soon part 4!

P/s: Asal demam aku tak baik-baik ni >.<

3 orang pengomen setia:

Mr. Asada said...

hahaha.. boleh guna ke ni?? heh! ngorat gal cmna plak? heheehe

Pn.Miza Ramli said...

aku suke tgk cite ni...tgh tgk sekarang.....comel n ensem2 gun jun pyo n geum jan di...

Shiema said...

@ asada:
nak ngorat girl g kat blog zack.. ekeke

@ nurulrazimah:
honestly, xde tgok pon cite ni.. ekeke

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template