Friday, February 19

Aku - Kolej - Dia - Test - 3 Pointer!

Bila dah cuti ni kan, rasa boring la pulak takda kerja nak buat.. Jadi aku pun cuba merajinkan diri untuk belajar...

Photobucket

Tengok meja belajar aku pun tahu aku ni rajin belajar kan? Chewahhh... Belajar punya belajar... 5 minit berlalu... Okey! Aku lupa assigment "English for professional Communication"! Aku try la usha classmate aku.. Finally dia cakap la dia email kat Facebook aku.. Aku pun, cakap ok je la... Hah, masalah sebenar muncul disini!


Dengan sopan aku membuka inbox FB aku, yeah! Dia bagi soalan untuk assigment..

Photobucket

OMFG! Tarikh akhir hantar assigment dah lepas siot! Menyesal aku lepas kelas dulu argghhh! Ok, pengajaran pertama, jangan suka ponteng kelas...

Aku nekad la nak hantar assignment lepas cuti ni. So aku salin la soalan ingat nak simpan... Lepas salin soalan.. tiba-tiba mata tertumpu kat satu tempat...
Photobucket

Wahhhh! Aku lupa la bagi ikan makan n lawat ladang aku! Lepas tu aku pun merajinkan diri klik di game... Dalam hati "Takpa la, 5 minit ja".

Masa berlalu begitu pantas... 2 jam kemudian baru aku sedar yang aku tak berhenti lagi dari main game! Ok, pengajaran ke dua, jangan suka melengah-lengahkan kerja untuk aktiviti tak berfaedah..

Lepas main game aku pun tengok TV.. Then masa berlalu sampai ke malam dan assignment aku pun masih tak terbuat.. Belajar pun ala kadar ja..

Satu hari BoyFriend aku call.. Tengah borak-borak, tiba-tiba dia cakap..

"Mun kitak sik dapat 3 pointer next sem, kamek sik maok kisah pasal kitak lagi"
Translation: "Kalau awak tak dapat 3 pointer semester ni, saya taknak ambil tahu tentang awak lagi"

Aku pun... ALAMAK! Habis la! Kata-kata keramat tu membuatkan aku mula merujuk kembali jadual kelas dan jadual belajar aku..
Photobucket
Jadual KELAS semester ni


Photobucket
Jadual BELAJAR semester ni


Ok, jadual kelas memang logik la bagi aku.. Jadual belajar aku kena ubah... sebab sekarang, aku mudah nak tidur jam 12 tengah malam... Macam mana aku nak ikut jadual kalau asyik nak tertidur! Photobucket

Then aku kenalah selalu datang kolej, merapat-rapatkan diri dengan lecturer... Dan aku perasan satu benda, aku kena ubah identiti aku..

Aku baru perasan yang penampilan, gaya dan identiti aku agak tak menonjol yang menyebabkan sedikit sebanyak aku rasa kurang keyakinan diri.. Well, umur aku dah nak 20 tahun takkan aku nak stay macam "TOMBOY". Tu adik aku la yang gelar aku tomboy. Kakak aku pun ada tegur penampilan aku. Malah boyfriend aku pun selalu tegur...

Mungkin kalau aku guna penampilan baru aku ke kolej nanti boleh mengubah presepsi orang kat aku dan semangat belajar aku pun automaticly meningkat secara mendadak. Who know's kan?

YEAH! CHAIYOK2 C-MOT... well all, wish me luck yah Photobucket

3 orang pengomen setia:

Emora Valeria said...

haih~ketagih gak maen game kt fb..hihi

Budak Hostel said...

@ emora...
tu la pasal.. huhuhu

christopher said...

hehehehe... tedah... leka main game kawan kita tok.. avoid fb wehh... :P

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template