Friday, February 12

Hidup berkawan - Macam2 Ragam!

Di pendekkan cerita, berhabuk siot rumah(blog) aku! Adestass! Maklum la kalau dah pindah hostel, nak balik kemas rumah(update blog) pun tak sempat.. Ditambah beberapa aktiviti yang tak sengaja tertambah.. huhu, parah-parah... Sekarang ni pun tengah plan nak buka cyber cafe... Hapar-harap berjaya... Family sokong, boyfriend sokong tapi duit pulak yang tak cukup.. Al maklumlah student lagi, mana la nak ada duit (saya belum kerja.. huhu)

Berbalik pada topik hari ni.. Aku nak cita pasal kawan... Semenjak dua menjak kat hostel macam-macam aku dengar dan aku alami.. The best la! Ada kawan makan kawan, kawan sejati, kawan sampai mati, kawan "sparepart"...

Photobucket


Semua nak cari kawan sejati, tapi cukup sejati ka korang dengan kawan korang? Cuba korang recall balik, bila kali terakhir korang jumpa kawan korang? Cuba korang ingat bila kali terakhir korang peluk kawan korang? Pernah tak korang jaga dia masa dia sakit? Korang pernah sms tanya khabar?

Photobucket

Ok, aku akui, aku bukan kawan sejati, tapi aku akan cuba berhubung dengan kawan aku... cara yang selalu aku buat, aku adakan event.. Tapi ni la masalahnya, setiap kali aku buat event je busy! Setiap kali diaorang busy ja aku buat event eeee! Geram nyah! Endingnya apa lagi, aku pun enjoy the event sorang-sorang...

Ada segelintir yang hanya ingat kawan apabila diaorang dalam susah.. Kebanyakkan yang aku kenal memang macam ni. Aku rasa korang pun sama.. ada kawan spesis ni kan? Bila dia susah mula la sibuk cari kita.. Bila kita susah dia pergi tutup pintu pagar rapat-rapat... Haih... Aku dah kena banyak kali... Sampai la satu hari boyfriend aku cakap "Sayang, cuba la jadi selfish...Pentingkan diri sebelum pentingkan orang lain. Tapi kena ingat, pentingkan diri biar bertempat..".

Adakah aku perlu jual ikan(selfish)?
Photobucket

Bila dia cakap macam tu aku terfikir gak.. Adakan aku perlu jadi selfish... Adakah aku perlu pergi jual ikan kat pasar minggu setiap hujung minggu? (err...ada kaitan ke? aku rasa takda kaitan ni...ah, lupakan!)

Apa-apa pun, point utama yang dia nak sampaikan, jangan pentingkan orang lain dari diri sendiri.. Nanti merana badan, otak merana, terus menetap di hospital gila.. Apa yang dia cakap tu betul apa.. Ko sanggup duduk hospital sentosa? Aku tak sanggup...

P/s: Gambar-gambar diatas dicedok dari pak cik G punya album gambar..
P/s: Entry ini mungkin ada kena mengena dengan yang hidup sahaja =P

9 orang pengomen setia:

ringo said...

kadang perlu jual ikan.
kadang kala tidak perlu.
ikut kesesuaian

Shiema said...

@ ringo:
ohh... then kita kena jual ikan pada masa dan tempat yg sesuai.. o.o

aku Zaty said...

jom jual ikan!
hee~

Dak Wan® said...

Jagan jadi tong sampah sebetulnya.... Tong Sampah tu mulia tugasnya, tanpanya sampah dibuang merata-rata. Tapi sayang, tong sampah tu sendiri jadi kotor kan?

Shiema said...

@ zaty: Jom2... ehehhh

@ Dak Wan: btol2... Jgn jd tisu gak.. huhu

RerameUngu said...

hehehehe

khaulah said...

nak bukak cc? wah2 bgusnih dh berjinak dlm dunie bisnes!!

keep it up babe!

Shiema said...

@ Rama2ungu: aik.. panjang ketawa.. hehehe

@ nawal: hehehe.. dalam perancangan.. Thanks... =)

HEMY said...

penting kan diri sgt pn takleh..kena seimbang

 
C-MaH BamBam Blogger Template by Ipietoon Blogger Template